Ciri-ciri Ibu SejatiSifat utama yang dibekalkan oleh Allah (SWT) kepada mana-mana ibuadalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilahseorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayangini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuansejati pada dirinya.Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antaraciri-ciri yang selalunya ada pada ibu-ibu yang memiliki sifat keibuansejati:
1. Kasih-sayangnya menyerlahIbu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan sajadalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di sampingkeperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi.Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yangberkekalan buat anaknya.Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendakAllah (SWT) supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.Anak itu milik Allah (SWT), amanah yang dipinjamkan kepada kita makasewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendakioleh Allah (SWT),ン ujar Us. Hj. Mohd Nasib Zawawi dari firma motivasiFitrah Perkasa Sdn. Bhd.
2. Prihatin dan ambil beratKadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambilberat dan ambil tahu tentang diri anaknya. Ibu saya sampai sekarang,bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum,ン kata Hj. MohdHanim Mohd Tahir, pakar motivasi.
3. Halus perasaanIbu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya denganmelihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadapanaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya,dia sudah arif benar ᅵbahasa badan" anaknya. Ibu dapat baca dari riakwajah walaupun anak-anak tidak beritahu,ン kata Ustazah Nasiyah Hj.Abd. Razak, penulis tamu ANIS.
4. Suka beri nasihatSifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepadaanaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujukanak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadapanak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan.Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihatanaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.
5. Sangat sabar dan berlapang dadaDari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukandia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dansenyum yang manis,cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusiaakhir 70-an.¬ᆲSTak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukantidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya,itulah ibu sejati.
6. Lembut tapi tegasWataknya ᅵadjustable". Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Dimana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkanketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Diategas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah(SWT), tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.
7. Suka meraikanWalaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga,seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan danmelayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akanturun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anakramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerapkali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluandan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannyasemata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.
8. Tidak pilih kasihTidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi.Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayangini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. ¬ᆲ
SAnakorang lain macam anak dia juga,ungkap seorang kawan ketika berceritatentang seorang mak cik yang pernah ditemuinya.Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk danmencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolahjika dia seorang guru, atau membentuk ᅵanak-anak" di pejabat jika diaseorang ketua pejabat.
About Me
Monday, April 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment